Kelas Kemahiran Taufufa
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2019 yang lepas, PI Meradong telah mengadakan satu kelas kemahiran Tofufa untuk penduduk sekitar Bintangor. Kelas ini diadakan selama 3 jam daripada pukul 10 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta dan 2 orang pelatih.
Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada wanita-wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan dengan menjual Tofufa. Diharapkan dengan adanya kelas keusahawanan seperti ini, penduduk sekitar Bintangor dapat mendapat manfaat dan membolehkan mereka memperbaiki taraf kehidupan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: